Penulis tidak tahu kenapa Datuk Seri Mohd Najib Razak sehari dua ini kelihatan resah gelisah yang amat sangat. Pasti ada perkara yang buruk akan berlaku selepas PRU 13 5 Mei ini. Atas sebab itulah dia kelihatan buat itu dan buat ini serba serbi tidak kena.
Buat apa pun tidak kena.Seolah olah segala palnnya tak menjadi. Kemungkinan besar ada kaitan dengan kajian pilihanraya yang dibuat oleh Universiti Malaysia oleh Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang mengatakan Anwar Ibrahim lebih popular berbanding Najib Razak .
Pusat kajian tersebut mengumunkan kajian mereka bahawa 43 peratus pengundi di negara ini memilih Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak yang banyak melakukan tranformasi.
Penulis tidak tahu apakah kajian yang dibuat oleh pusat kajian university Malaya suatu kajian yang saintifik dan sebaliknya. Jika kajian tersebut kajian saintifik maka sah pakatan rakyat boleh menang pada PRU 13 5 Mei 2013 ini dan inilah yang membuat Najib resah gelisah. Bukan itu sahaja malahan sering pening kepala dan panas punggong.
Bayangkan, dikatakan RM 58 bilion wang rakyat dihabiskan untuk tujuan menang PRU 13 disamping RM 5.6 bilion untuk beli undi atas nama bantuan rakyat satu Malaysia (BRIM). Yang menghairankan semacam mustahil rakyat jelata tidak memberi sokongan padu pada kerajaan yang diterajui Najib, sedangkan janji itu dan janji ini sudah ditepati berbanding pakatan rakyat yang hanya buat janji kosong konon.
Tidak lebih daripada itu. Bagaimana mungkin boleh terjadi demikian, sedangkan 4.3 juta rakyat diberi wang sebanyak RM 500 satu kepala kepada isi rumah.Mustahil tidak memberi iampak untuk meraih sokongan rakyat.
Pelik juga mengapa rakyat boleh percaya dengan janji kosong pakatan rakyat seperti pendidikan percuma harga kereta murah, minyak petro turun berbanding janji yang telah ditepati oleh kerajaan yang aman dan makmur itu. Lebih lebih lagi, Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Anwar Ibrahim calon popular untuk menjadi perdana menteri berbanding Najib Razak jelas tidak menggambarkan aspirasi keseluruhan rakyat dan pengundi.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment