ONEXOX
BannerFans.com

Harga Minyak Dah Turun, Adik Ni Dah Menikah Ke?

on Saturday, January 31, 2015

Harga minyak petrol hari ini turun lagi ke paras RM1.70 seliter bagi RON95 dan RM2.00 seliter bagi RON97 berikutan corak harga minyak mentah dunia yang terus merudum.

Sebelum ini harga RON95 ialah RM1.91 dan RON97 ialah RM2.11 seliter sebelum penurunan berkenaan diumumkan.

Suatu ketika dahulu, dalam kalangan pelajar atau belia yang galak mengkritik kerajan ekoran kenaikan harga komoditi itu ekoran harga minyah mentah yang tinggi ada yang konon-konon kesal tidak dapat menikah ekoran harga bahan api itu.



Perbuatan itu dikesan mungkin ketika perbuatan protes oleh pelajar universiti dalam “Occupy Dataran” pada sekitar tahun 2012 lalu yang menuntut dan mendesak kerajaan dalam pelbagai perkara khususnya harga minyak.

Ketika ini harga minyak sudah kembali murah dengan hanya RM1.70 sen seliter bagi minyak kuning, adakah mereka-mereka ini sudah berkahwin?

Bukan itu sahaja, ketika ini suara-suara lantang yang memperjuangkan desakan agar kerajaan menurunkan harga minyak dilihat senyap, tidak pun mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bertindak segera selepas harga minyak mentah dunia jatuh.





Tidak pula golongan ini, memperjuangkan kepada rakyat untuk memberikan penghargaan kepada kerajaan kerana mengambil langkah segera menetapkan harga minyak mengikut kaedah apungan terkawal yang mengikut corak harga pasaran.

Selain itu, kumpulan yang mempunyai suara ini tidak pula mendesak para peniaga barang di negara ini supaya menurunkan harga barangan mereka selaras dengan penurunan harga minyak.

Jelas, mereka ini punya agenda tertentu dan tersirat dalam mendesak kerajaan sebelum ini dalam menurunkan harga minyak dan sebenarnya tidak pernah mengambil kira kepentingan rakyat.

Jadi, kepada mereka yang sebelum ini bengang tidak dapat berkahwin kerana harga minyan tinggi, cepat-cepatlah menikah ya, sementara harga minyak dunia masih rendah.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved