ONEXOX
BannerFans.com

Kumpulan Virus Tersingkir Di Separuh Akhir MLM2014

on Friday, January 30, 2015



Itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh kumpulan Virus dalam aksi separuh akhir Maharaja Lawak Me#ga 2014 MLM 2014.

Kumpulan Virus gagal melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Februari depan.

Pengumuman itu dibuat juri tetap MLM 2014 iaitu Nur Fazura pada peringkat separuh akhir yang berlangsung di Shah Alam Royal Theater di sini, Jumaat malam.

Populariti kumpulan Virus tidak boleh dijadikan sanda#ran untuk kekal dalam pertandingan MLM 2014.




Penyingkiran Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Tauke dan Pak Yus telah melayakkan lima peserta lain mara ke peringkat akhir.

Lima peserta yang bakal bertanding adalah Sepahtu, Bocey, Zero dan Shi#ro. Manakala satu-satunya peserta solo iaitu Nabil Ahmad turut melayakkan diri ke peringkat akhir

Pada peringkat separuh akhir, kesemua peserta perlu melakukan dua persembahan dengan tema ‘props’ dan loghat. Peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir MLM 2014.

Empat juri profesional yang mengadili peserta pada m#alam itu adalah Datuk Jalaluddin Haasan, Farah Queen, Taufiq Batisha dan Nur Fazura.



Sementara itu, Jalaluddin berkata, secara keseluruhannya kesemua peserta memberikan persembahan terbaik pada malam itu.

Bagaimanapun katanya, persembahan Virus pada m#alam itu agak hambar dan bukti populariti tidak boleh dijadikan sandaran untuk menempah tiket ke final.

“Kesemua yang mara ke pertandingan akhir adalah layak kerana mereka telah memberikan persembahan terbaik dan jelas dapat dilihat kesungguhan mereka.

“Begitu juga Virus cuma kemunculan mer#eka hambar dan kali ini bukan rezeki mereka,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved