ONEXOX
BannerFans.com

“Gelaran ‘Datuk’ Kepada Jackie Chan Tak Bermakna” - Afdlin Shauki

on Sunday, February 1, 2015



SHAH ALAM – Pelawak te#rkenal, Afdlin Shauki hari ini mempersoalkan kelayakan Jackie Chan susulan penerimaan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon aksi antarabangsa itu, hari ini.

Ini kerana Afdlin berkata, adalah lebih baik jika gelaran itu diberikan kepada rakyat Malaysia yang bertungkus lumus serta bergadai nyawa semasa banjir besar melanda Pantai Timur baru-baru ini.




Menurut Afdlin, gelaran itu tentu ama#t bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini.

“Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah… Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya p#andangan saya,” katanya dipetik melalui laman sosial Facebooknya.



Meskipun mengakui begitu meminati pelakon itu, namun Af#dlin berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepadanya.

“…apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk,” katanya.

Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah se#mpena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara. Kuala Lumpur.

Mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, lapor Antarapos.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved