ONEXOX
BannerFans.com

'Kami bangga guna Proton'

on Sunday, February 1, 2015



RAKYAT Malaysia pasti mengingati penubuhan syarikat kereta nasional pertama negara, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) pada 7 Mei 1983.

Pengasas Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya memenuhi harapan rakyat supaya negara mengeluarkan kereta sendiri. Selepas dua tahun eksperimen, lahirlah kereta sulung kebanggaan negara iaitu Saga pada 9 Julai 1985.

Masa berlalu,  kini model Proton Iswara, Satria, Tiara, Wira, Putera, Perdana, Satria GTi, Perdana V6, Waja, Persona megah di jalan raya.

Yang penting nilai kenegaraan Proton itu berjaya memahat kebanggaan semula jadi  kepada 'pencinta' kereta tempatan.

Kereta Proton sudah berada di pasaran hampir 30 tahun. Pastinya siapa yang memiliki dan menggemarinya mempunyai nilai pandangan tersendiri.

Bagi seorang suri rumah, Sakinah Awang Kecil, 50, dia sekeluarga bangga menggunakan Proton kerana ia kereta buatan tempatan dan lebih tidak ternilai bangganya, apabila arwah suaminya, Abd Ghani Kamaruddin terlibat ketika proses penyelidikan Proton pada awal 1980-an.

Katanya, kereta pertama dimilikinya yang juga pilihan arwah suaminya ialah Proton Aeroback yang dibeli di Muar.

“Sejak itu, kami sekeluarga menggunakan kereta itu untuk urusan harian. Arwah suami menggunakannya untuk pergi bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya.

“Kereta itu dijaga dengan baik kerana ia satu-satunya kereta yang ada. Pada 2001, walaupun suami beli kereta lain, dia tidak mahu jual kereta Proton Saga Aeroback tu,” katanya mengimbas kenangan kereta Proton pertama yang dimilikinya bersama arwah suami yang pergi menemui Ilahi pada 2001.

“Saya tidak mahu jual kereta kesayangan arwah suami. Setiap kali melihatnya, mengingatkan saya kepada dia,” katanya.

Sejak ketiadaan suaminya, Sakinah menjalankan rutin  harian menggunakan kereta itu termasuk menghantar dan mengambil anak ke sekolah.

Katanya, selain nilai sentimental berkait lelaki tersayang dalam hidupnya dan walaupun banyak kereta import di pasaran, dia meminati Proton kerana menganggapnya kenderaan mampu milik dan menjimatkan petrol.

Sakinah berkata, setelah anak-anaknya mempunyai pekerjaan sendiri dan belajar di menara gading, mereka tetap menggunakan Proton.

Katanya, setiap kali anak- anaknya merancang membeli kereta, dia akan menasihati mereka.

“Saya nasihatkan mereka supaya beli Proton kerana ia kereta mampu milik. Teknologi digunakan pula semakin canggih dan setanding kereta import," ujarnya.

 Maka tidak hairan, anak sulungnya  Abdul Rahman Abd Ghani, 32, menggunakan Proton Persona, Aisyah; 30, menggunakan Proton Suprima S; Muhammad Sharifuddin; 28, menggunakan kereta Persona dan Ummu Khadijah Ili, 26 menggunakan kereta Proton Saga.

Tambahnya, dia sendiri setia menggunakan kereta Proton Preve yang dibelinya dua tahun lalu.

“Saya tidak kisah orang mengkritik kereta proton yang dianggap seperti ‘tin milo’. Saya bangga guna Proton kerana ia adalah kereta keluaran negara dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Tambah Sakinah, dengan banyak pusat servis Proton, ia membantu pemilik Proton menjaga kereta mereka.

Proton tiga generasi

Sememangnya pelbagai nostalgia bagi pencinta k#ereta Proton.

Bagi ibu tunggal, Mariam Ibrahim, 65 misalnya,  Proton adalah kereta kegemarannya. Kesemua anaknya memiliki kereta Proton, malah cucunya, juga menggunakan kereta itu.

"Sebelum memiliki kereta Proton Iswara, saya tidak pandai memandu dan anak- anak akan menyewa kereta Proton Saga sekiranya kami nak keluar dan melawat saudara-mara di seluruh Malaysia.

"Saya dapati, kereta Proton semakin hari semakin# baik dan selesa. Kini sesiapa sahaja mampu membeli kereta tetapi kebanyakannya akan menjadikan kereta Proton sebagai kereta pertama," katanya.

Mariam berkata, kini, cucu sulungnya, Siti Najwanis Zainon menggunakan kereta Proton Saga FLX.

"Saya nasihat cucu- cucu saya supaya tidak terlalu m#emuji kereta luar negara kerana kita perlu berbangga dengan kereta Proton. Saya menggunakannya hampir 15 tahun dan kereta saya masih elok," katanya.

Tambahnya, tidak rugi memiliki kereta  buatan tempatan kerana ia mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak- anak muda di negara kita.

"Mungkin pada suatu hari nanti, rakyat ne#gara kita menjadi vendor kepada syarikat kereta antarabangsa," katanya.




Kereta Proton sebagai kereta pertama

Bagi Mat Zuki Harun, 63, berkata, dia sekeluar#ga juga menggunakan kereta Proton sebagai kereta pertama.

Malah katanya, dia berbangga menggunakan kereta Proton kerana ia adalah keluaran negara dan masih mampu bertahan sehingga kini.

“Sebelum mempunyai kereta sendiri, saya akan #menyewa kereta Proton Saga sekiranya ada urusan di luar,” katanya.

Sambung lelaki itu, sehingga kini, setiap kali Proton mengeluarkan kereta baharu, dia akan melihat kualiti dan teknologi yang digunakan.

“Setiap kali anak saya merancang membeli kereta, saya nasihatkan mereka untuk beli kereta Proton kerana harganya berpatutan serta sesuai untuk perjalanan jauh.

“Saya sendiri menggunakan kereta Proton Wi#ra Aeroback sejak 2003 untuk menyelesaikan urusan harian dan menghantar cucu- cucu ke sekolah setiap pagi dan petang,” katanya.

Mat Zuki berpendapat,  segelintir individu yang membeli kereta negara uar adalah kerana menganggap kereta Proton berkualiti rendah.

“Ia berkaitan persepsi terhadap reputasi Proto#n sebagai sebuah syarikat automotif yang mengeluarkan kereta berkualiti rendah dengan harga yang murah. Jika terus mempunyai persepsi sedemikian, Proton akan kehilangan  pasaran.

“Sedangkan kita lihat, Proton mengeluarkan kualiti hampir sama dengan kereta import yang lain. Dakwaan kualiti rendah adalah berpunca daripada persepsi yang salah. Macam Suprima S, kualiti dan harganya tinggi sedikit tetapi setanding dengan kereta luar,” katanya.

Tambahnya, sehingga kini, anak- anakn#ya masih menggunakan kereta Proton kerana selesa untuk pemanduan jauh dan menjimatkan minyak.

“Kadang- kadang mereka akan menggunakan kereta saya untuk menyelesaikan urusan mereka di kampung,” katanya.

Proton jadi pilihan

Seorang lagi pencinta kereta kebanggaan negara ialah On Hock Sang, 46.

Dia memilih untuk membeli Prot#on Saga sebagai kenderaan pertama miliknya kerana harganya yang murah.

“Selain harga yang murah, saya  menyokong kempen produk tempatan. Itu sebab saya beli Proton Saga.

“Bukan saya saja, bahkan ibu bapa saya, kakak dan abang turut menggunakan kereta Proton ketika itu.

 “Semasa saya berkahwin dulu, kereta pengantin yang saya guna adalah Proton Saga putih milik mendiang bapa saya,” katanya mengim#bas kembali detik bersejarah perkahwinannya itu dengan menaiki kereta Proton.

Dengan rasa bangga Hock Sang menyambung, dia setuju disebabkan harga kereta  Proton jauh lebih murah, ia mampu dimiliki oleh orang ramai termasuk dirinya sendiri.

Jika berkemampuan pada masa depan, dia berhasrat pula hendak membeli Proton Exora.

Terbukti, kereta Proton mendapat tempat yang jauh mendalam di sudut hati rakyat Malaysia.

Ini kerana ciri-cirinya yang tersendiri. Keistimewaannya yang boleh dihayati kerana ia menerbitkan semangat cinta kepada jenama temp3atan. Buah tangan keluaran negara kita.

 Lebih penting, kereta Proton adalah jenama Malaysia. Banggalah!

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved