ONEXOX
BannerFans.com

Kelapa Thaipusam Boleh Dipakai Semula - Mufti Perlis

on Monday, February 2, 2015



KUALA LUMPUR, 2 Februari: Masyarakat sering kali beranggapan aspek keagamaan itu bakal meninggalkan kesan kepada persekitaran dan juga kehidupan.

Namun, bagi menjelaskan keadaan ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin merungkai persoalan yang sering kali timbul setiap kali perayaan Thaipusam yang disambut saban tahun oleh pengan#ut agama Hindu.

Apabila banyak kelapa bertaburan di tepi jalan, masyarakat Islam terutamanya akan lebih berhati-hati dalam soal penggunaan semula bahan tersebut.

Masyarakat Islam yang menjadi komuniti terbesar di Malaysia sangat sensitif apabila berbicara berkenaan pemakanan kera#na orang Melayu Islam khususnya, sudah diterapkan dengan nilai-nilai makanan halal yang turut mementingkan aspek kebersihan.

“Boleh guna (kelapa tersebut) tidak ada masalah. Kelapa tetap kelapa, tidak akan berubah.

“Cuma yang jadi tak boleh bila ada un#sur khurafat, sebagai contoh, orang ambil dan guna kerana percaya boleh guna untuk buat **** nak ditujukan kepada orang, itu tak boleh,” katanya kepada The Rakyat Post.




Bagaimanapun jelas beliau, umat Islam tidak digalakkan menggunakan bahan tersebut bagi mengelakkan mudarat.

Asri turut menjelaskan larang#an untuk umat Islam menyertai upacara pecah kelapa kerana adanya unsur kepercayaan yang salah dan sudah pasti ditentang agama kerana aktiviti berkenaan adalah satu pembaziran.

“Saya fikir, saya tidak cadang orang Islam guna, ia tidak digalakkan dari aspek kesihatan kerana takut sudah tercemar. Bila kelapa itu dipecahkan, mungkin bakteria dah hinggap, di situ takut datangnya mudarat.

“Lagipun, dekat Malay#sia ini ada banyak kelapa lagi, jadi kenapa perlu nak guna juga kelapa itu,” jelas beliau.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved