ONEXOX
BannerFans.com

MENTERI PERTANIAN SERU MELAYU BOIKOT PENIAGAAN BANGSA CINA

on Sunday, February 1, 2015



Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob, secara terbuka menyeru agar pengguna bangsa melayu memboikot perniagaan bangsa cina di Malaysia.

Dalam kenyataan beliau yang dimuat naik di laman Facebook itu mendakwa peniaga cina seringkali mengambil kesempatan menaikkan harga dan menin#das orang melayu.

“Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK yang patut gunakan Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga tanpa sebab munasabah, kuasa yang terbesar ada pada pengguna.




“Majoriti pengguna adalah melayu. Cina adalah minoriti. Kalau melayu boikot perniagaan mereka, mereka tentu tiada pilihan untuk turunkan harga. Bayang#kan banyak kedai makan cina yang tiada logo halal dan beberapa kali diserbu dan ditangkap kerana kehalalan yang meragukan.



“Melayu masih berpusu-pusu ke restoran tersebut sedangkan beribu-ribu restoran melayu yang sah halal.

“Light sahaja Old Town White Coffee diragu#i baru-baru ini, tetapi orang melayu gagal untuk boikot lebih-lebih lagi ownernya dikatakan Ngeh Family DAP Perak yang terkenal anti Islam.

“Selagi melayu tidak berubah, selagi itulah cina ambil kesempatan untuk tindas melayu,” katanya.

Dato’ Seri Ismail Sabri yang dihubungi mengesahkan kenyataan itu sah diterbitkan oleh beliau di laman Facebook. Beliau akan bertanggungjawa#b dengan kenyataannya itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved