ONEXOX

'ORANG TUA SEPERTI MAHATHIR TIDAK AKAN ROSAKKAN HARTA BENDA ATAU BALING BOM' - NAZRI

on Tuesday, September 1, 2015



KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan & Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ke perhimpunan Bersih 4 yang lalu tidak akan mendatangkan sebarang ancaman kepada negara.

Nazri juga mendakwa, Tun Dr Mahathir berdolak dalih kerana terdahulu bekas Perdana Menteri ini menolak demokrasi, namun kini dia menyertainya pula.

"Dia pun sudah berubah sikap. Dulu kata demonstrasi bukan budaya kita tetapi bila sudah tua, 90 tahun, baru sedar ini merupakan budaya baru dan dia pun hendak sertai sekali.

"Okaylah macam itu. Lagipun saya tidak fikir orang tua macam itu akan rosakkan harta benda atau baling bom. Makin ramai orang tua macam Tun Dr Mahathir lagi bagus," katanya dalam sidang media di Festival Kraft Antarabangsa Kuala Lumpur 2015.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir menjelaskan, kehadirannya ke perhimpunan itu adalah bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan setelah segala prosedur yang 'halal' telah ditutup oleh Najib semata-mata untuk terus berkuasa dan memperbodohkan rakyat.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved