ONEXOX
BannerFans.com

Nak tengok bintang paling ajaib, pergilah solat Subuh

on Sunday, June 1, 2014

Hampir setiap kali sebelum atau selepas solat Subuh kita akan nampak hanya satu bintang terang di langit. Bintang ini membelakangkan kiblat. Lepas solat Subuh di Surau Alamanda pun saya nampak bintang ini, lepas solat Subuh di Masjid Bongek pun nampak, lagi terang di Bongek dan amat-amat cantik kerana berlatar belakang Gunung Datuk.

Bintang ini ialah Bintang Syikra, satu-satunya bintang yang disebut di dalam Al Quran. Saintis mendapati Bintang Syikra ini sebenarnya ialah bintang berkembar, Syikra A dan Syikra B. Syikra A adalah paling terang, Syikra B tidak kelihatan. Dua bintang ini mengelilingi satu sama lain dalam satu orbit selama 49.9 tahun dalam bentuk lengkungan berkembar seperti busaran panah.

Ianya jelas disebut dalam Al Quran pada ayat ke 49 dan 9.

Sayang, kita umat Islam ada satu buku yang begitu hebat iaitu Al Quran, tetapi kita tidak dapat menghayati apatah lagi mengamalkan setiap suruhan di dalam Al Quran.

Besok selepas atau sebelum solat Subuh cuba perhatikan membelakangi kiblat bintang ini.

Sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; (An-Najm 53:9)

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra; (An-Najm 53:49)"



Sumber






PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Assalamualaikum ...

Rasanya bintang yang dimaksudkan ini adalah planet Venus (Zuhrah), bukan Sirius seperti yang diperkatakan ... Walau bagaimanapun Sirius boleh kelihatan selepas solat Magrib di ufuk Barat ... cuba buka link http://www.skymaponline.net/ untuk semak kedudukan bintang-2 ini. Gunakan lokasi Kuala Lumpur.


June 2, 2014 at 12:58 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved