Punca Pengantin Wanita Islam Kahwin Agama Hindu
- Menurut Zarena, dia tidak pernah mendapat atau menerima paksaan dari mana-mana pihak tertentu yang mahu dia berkahwin mengikut adat kaum Hindu kerana dia dan adiknya telah menganut agama Hindu hasil didikan ibunya yang beragama Hindu sejak kecil lagi. Masalah mula timbul apabila bapanya yang asalnya beragama Hindu memeluk agama Islam tanpa memaklumkan kepada ibunya.
- “Bapa memeluk Islam sebelum saya dilahirkan. Ibu pula buta huruf, dia tidak tahu bapa saya mendaftarkan kami empat beradik sebagai beragama Islam. Saya dan adik beradik hanya mengetahui hal ini selepas saudara terdekat melihat sijil kelahiran kami tercatat beragama Islam,” katanya.
- Namun, selepas adik bongsu Zarena dilahirkan 24 tahun yang lalu, bapa mereka terus meninggalkan keluarga mereka tanpa sebarang khabar berita. Zarena juga mengakui mereka tidak tahu membaca al-Quran dan tidak pernah diajar tentang Islam. Akhirnya mereka dibesarkan dalam agama Hindu
- Pada 2007, Zarena pernah mencuba untuk menukar status agama dalam MyKad namun gagal apabila pegawai Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan kerana tiada tandatangan bapa
Laporan Polis Isu Pengantin Islam Kahwin Hindu
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment