Restoran yang cukup terkena itu bakal ditutup bukanlah gara-gara isu kebersihan atau yang seangkatan dengannya tetapi adalah kerana isu lesen.
Bukan kerana restoran tersebut tidak dilesenkan tetapi ia timbul kerana pertelingkahan dalam kalangan empat anggota keluarga pemilik perniagaan itu yang sebelum ini telah membuat perjanjian untuk bergilir-gilir menguruskannya.
Sehingga kini, restoran itu dikendalikan oleh Abdul Hamid Seeni Pakir tetapi ahli keluarganya hanya membenarkan beliau mengendalikan operasi sehingga 2011 sahaja.
Selepas tempoh itu, ia sepatutnya diserahkan kepada sepupunya Sahubarali China Mohd Hanibah tetapi ia tidak dilakukan.
“Kami akan berbincang dengan pihak yang berkepentingan dalam masa dua minggu ini. Jika gagal, kami terpaksa mengambil tindakan supaya perjalanan perniagaan itu berjalan mematuhi undang-undang.
“Kami akan mengambil alih premis itu dengan mengosongkannya untuk menyusun semula premis perniagaan sejajar dengan peratuan MPPP,” kata Pengarah Perlesenan Azman Sirun.
Pekerja restoran itu akan melaungkan “Line Clear” untuk memberitahu mereka bersedia untuk pelanggan seterusnya yang sedang beratur.
Line Clear begitu popular dalam kalangan pengunjung tempatan mahupun dari luar Pulau Pinang yang inginkan makanan mamak.
Sahubarali dan dua lagi pemegang lesen, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar bersama pihak MPP mengadakan satu sidang media berkenaan isu itu hari ini.
Ketiga bersaudara itu, memperoleh lesen dari MPPP pada 2012 untuk mengendalikan perniagaan nasi kandar, minuman dan roti canai di Line Clear tetapi mereka tidak boleh meneruskannya kerana Hamid masih lagi beroperasi di situ.
Menurut Hamid pula, perniagaan Line Clear diasaskan oleh Allahyarham bapanya S.N Seeni Pakir yang datang dari India.
Ketika bapanya kembali ke India, restoran itu dikendalikan oleh pakciknya kerana beliau dan adik-beradiknya masih kecil pada ketika itu.
Keputusan untuk membenarkan ahli keluarga bergilir-gilir mengendalikan perniagaan itu dibuat ketika bapanya tidak berada di Malaysia. Apabila beliau pulang, sistem itu tidak dipersetujui.
“Ayah saya meninggal dunia pada tahun 1971 dan gagal menghentikan sistem itu lalu sistem itu terus digunakan sehingga sekarang,” katanya.
Hamid yang berusia 76 tahun sudah pula mengendalikan perniagaan itu sejak 1989. Hari ini, dia menjalankan perniagaan itu bersama dengan saudara mara dari pihak keluarga mereka.
Beliau beliau pernah cuba mendapatkan lesen pada 2009 tetapi gagal.
“Entah bagaimana, tiga daripada mereka berjaya mendapat lesen pada 2010 saya rasa. Kami tidak akan berganjak dari sini dan menyerahkan isu itu kepada para peguam mereka,” tambahnya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment