Adam AF khabarnya cemburu apabila Fiza Elite secara kebetulan bertemu dan berbual dengan bekas kekasih di sebuah stesen minyak. Perkara ini berlarutan apabila mereka pulang ke rumah apabila Adam AF mula mengungkit kisah lama dan Fiza Elite meninggi suara.
Hebat juga sumber tersebut bila situasi dalam rumah pun tahu.
Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Adam AF tidak menafikan kejadian bertembung dengan bekas kekasih Fiza Elite di stesen minyak tetapi menafikan terjadinya sebarang pergaduhan besar seperti yang dilaporkan sehingga menyebabkan rumahtangga mereka goyah.
“Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan — sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihati isteri saya,” ujar Adam AF yang turut menafikan isterinya itu meninggi suara dengannya.
“Saya tidak redha dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Dalam setiap rumah tangga, Allah akan berikan ujian. Kalau benar sekalipun pergaduhan terjadi, ia tidak perlu dihebah-hebahkan”
Adam AF dan Fiza Elite bernikah pada 26 September 2013 dan perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai kerana pengumuman yang datang tiba tiba.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
takyah campurla umah tangga org..nak gaduh besar ke apa ke apa yg wartawan ni sibuk sgt..
October 28, 2013 at 6:05 PM
Post a Comment