ONEXOX
BannerFans.com

Facebook Alami Gangguan Terbesar Peringkat Global Hari Ini

on Monday, October 21, 2013

Facebook bermula pagi tadi mengalami permasalah dalam laman web berkenaan yang menyebabkan ramai penggunanya tidak boleh mengemas kini status, menghantar pesanan atau memuat naik gambar.

Ramai pengguna juga yang tidak boleh Like sesuatu status. Namun, sebahagian pula masih dapat menggunakan medium sosial itu seperti biasa.

Permasalahan mengemas-kini status bukan isu yang baru kepada pengguna Facebook namun gangguan kali ini dipercayai yang terbesar dan bersifat global.

Sebelum ini ia agak terhad kepada pengguna tertentu sahaja.

Cubaan sesetengah pengguna untuk mengemas kini status masing-masing menghasilkan mesej seperti di bawah ini;



“There was a problem updating your status. Please try again in a few minutes.”





Mengikut laman web yang bertindak memberikan perkhidmatan mengesan status Downrightnow, Facebook sedang melalui gangguan perkhidmatan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved