ONEXOX
BannerFans.com

Muhyiddin mohon maaf andai terguris

on Tuesday, October 29, 2013

YAN - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak jika ucapannya tempoh hari mengguris perasaan mereka.

Sebagai umat Islam, beliau memohon maaf walaupun ucapannya pada majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau beberapa hari lalu dipetik oleh portal berita di luar konteks sebenar.

"Siapa yang dengar ucapan saya di majlis itu akan memahami apa maksud saya mengenai bajet dan langkah menghapuskan subsidi gula.

"(Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Jamil Khir (Baharom) dan (Menteri Besar, Datuk) Mukhriz (Mahathir) boleh jadi saksi apa yang saya cakap hari itu," katanya kepada media selepas mengunjungi Madrasah Mazahirul Ulum di Bukit Choras di sini petang tadi.



Beliau diminta mengulas desakan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan anak kelima kepada isteri pertama bekas menteri besar itu, Muhammad Rafi’ie Azizan agar memohon maaf di atas kenyataannya tempoh hari.





Menurutnya, beliau hanya menyebut demi kesihatan, rakyat patut mengurangkan penggunaan gula menjadi punca penyakit kencing manis atau diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Saya hanya menyentuh sekali imbas mengenai Allahyarham Azizan yang yang turut menghidapi penyakit kencing manis dan terpaksa dipotong kedua-dua kaki ketika dimasukkan ke hospital.

"Bukan niat saya untuk merendah-rendahkannya sebab saya kenal dan rapat dengannya. Saya juga beberapa kali melawatnya ketika berada di hospital," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, memohon maaf jika ucapan itu mengguris perasaan banyak pihak termasuk keluarga Allahyarham.

"Sebagai manusia, kita mungkin tidak terlepas dari kesilapan boleh bermaaf-maafan sesama kita.

"Saya tidak ada niat untuk mengguris perasan sesiapa atau menjadikannya sebagai bahan kempen pilihan raya ini," katanya.

Untuk menguatkan kenyataan itu, beliau meminta pemimpn Pas agar melihat semula video ucapannya untuk mendapat kepastian dan kesahihan mengenai ucapannya itu.

Muhyiddin turut bertemu dengan sekumpulan pemuda Pas selepas menunaikan solat Asar di Masjid Bukit Choras yang ingin mendapat penjelasan mengenainya.

"Saya memberi penjelasan keadaan sebenar dan mereka memahaminya," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved