ONEXOX
BannerFans.com

KBS bayar K-Pop RM1.6 juta, bukan penaja - KJ

on Wednesday, November 13, 2013

KUALA LUMPUR: Sekali lagi persoalan berkait bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop ketika sambutan Hari Belia 2012 dijawab untuk kali kedua.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menjelaskan, sememangnya bayaran itu telah dibuat oleh pihak kementerian dan bukan oleh pihak syarikat swasta selaku penaja seperti asalnya.

"Memang benar konsert ini telah dibiayai oleh kementerian.

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja dibuat kerana ketika itu ada tawaran pihak swasta untuk menaja.



"Tetapi akhirnya tajaan tidak diberi dan kementerian terpaksa menanggung bayaran untuk konsert K-Pop di Hari Belia Negara 2012," katanya.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan kepada kementerian apakah jumlah yang dibelanjakan untuk Hari Belia 2012 lalu dan mahukan penjelasan berhubung perbezaan jawapan terhadap pihak mana yang membuat bayaran kepada artis terlibat.





Sebelum ini lagi Khairy telah mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-Pop, U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet, dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

Untuk rekod, konsert itu dibuat ketika Menteri belia dan sukan waktu itu adalah Datuk Seri Shabery Cheek yang kini merupakan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Menteri yg ada skrg hanya tukang jawab utk menteri lama yg bodoh dungu... sepatutnya PM x yah nak lantik lagi menteri yg sebodoh itu.... anyway syabad pd menteri baru ni.. at least dia brani katakan benda yg betul


November 14, 2013 at 12:17 AM
Anonymous said...

syabas KJ


November 14, 2013 at 2:39 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved