ONEXOX
BannerFans.com

Miros: Kereta lebih 12 tahun tidak selamat

on Friday, November 15, 2013

MELAKA - Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah menyaksikan ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu.



Bagaimanapun katanya jangka hayat kenderaan turut dipengaruhi beberapa faktor seperti reka bentuk kereta, cara pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan.

Sebagai contoh, Dr Wong berkata, kenderaan seperti teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari berbanding kereta lain.

"Kereta lama mempunyai daya menyerap tenaga perlanggaran lebih rendah berbanding kereta baharu dan daya tersebut kemudian dipindahkan kepada penumpang sehingga menyebabkan kecederaan teruk yang boleh mengundang risiko kematian," katanya.





Beliau berkata, kenderaan baharu dilengkapi teknologi terkini melibatkan reka bentuk kereta terutama untuk menyerap tenaga perlanggaran bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

Sehubungan itu, katanya orang ramai digesa memberi perhatian terhadap jangka hayat kereta selain cara pemanduan serta penyelenggaraan yang betul bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung ciri keselamatan kereta dan rating bintang bagi model kenderaan yang diuji di bawah Asean NCAP dalam laman sesawang www.aseancap.org bagi membantu mereka membeli kereta yang mempunyai ciri keselamatan tinggi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Kalau harga kerata murah !!! Bolehlah cakap pasal jangka hayat 12 tahun. Minta kerajaan pertimbangkan nasib orang-orang kelas bawahan.....


November 15, 2013 at 8:14 PM
Anonymous said...

kete tak boleh murah sebab bagi umno..teknologi kete baru manusia discover 5 tahun sudah...so sebab tu kena tax 100 %...sebab tu kete teori najibnomic mengatakan perlu jual kete poton mahal dinegara sendiri tapi murah diluar negara....ini sebuah teori yg baharu dr sudut ekonomi world record...tak penah dibuat org....dgn harganya mahal boleh loan smpi 12,15,20 tahun atau smpi penghujung nyawa anda utk membayar kete ..kah kah kah malaysia chronicle


November 16, 2013 at 2:15 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved