ONEXOX
BannerFans.com

Saguhati untuk bakal pengantin

on Thursday, November 14, 2013

SEREMBAN – Saguhati kepada mereka yang berkahwin untuk kali pertama merupakan cadangan Pemuda Pas Negeri Sembilan kepada kerajaan negeri sempena Pembentangan Bajet Negeri 2014 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Selain itu, pasangan yang melahirkan anak pertama juga dicadangkan diberi insentif yang terkandung dalam 10 tuntutan dikemukakan Pemuda Pas negeri kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan.

Ketuanya, Nor Azman Mohamad berkata, pembentangan bajet kali ini diharap lebih menjurus kepada soal meringankan beban rakyat yang kini semakin dihimpit dengan taraf hidup semakin tinggi.

“Pemuda Pas berpendapat kerajaan perlu mencari inisiatif membantu rakyat dengan cara meringankan beban hidup mereka.



"Jadi, salah satu cadangan kita ialah mahu kerajaan memberi insentif kepada pasangan bujang yang akan berkahwin dan juga kelahiran anak pertama yang saya rasa amat membantu kehidupan rakyat hari ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.





Nor Azman berkata, pemberian tersebut dilihat mampu menggalakkan pasangan muda untuk berkahwin, sekali gus dapat mengelakkan perlakuan maksiat yang semakin berleluasa.

Selain itu, katanya, turut dicadangkan ialah pengisytiharan harta Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri kepada rakyat bagi membuktikan ketelusan mereka sebagai pemimpin.

Menurutnya, ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan berikutan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat sudah membuktikannya.

“Mungkin pengisytiharan harta itu sudah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Perdana Menteri, tetapi kita juga sebagai rakyat mahu tahu kerana tidak mahu berlakunya salah guna kuasa,” katanya.

Sementara itu, antara cadangan lain yang dikemukakan ialah menggalakkan penglibatan anak muda dalam organisasi masjid, meningkatkan akses internet percuma, meluaskan peluang pekerjaan untuk golongan muda, meningkatkan kemudahan sukan dan rekreasi di setiap Dun dan menggalakkan aktiviti eknomi dan keusahawanan.

Turut dicadangkan, bantuan persekolahan tahun baharu, menyediakan kemudahan pusat jagaan di jabatan kerajaan dan meningkatkan aktiviti ilmu dan penyebaran kefahaman Islam.

Dalam perkembangan lain, katanya, Pemuda Pas akan menganjurkan Wacana Pemuda, esok di Sekolah Agama Rakyat Gedung Lalang 162 Ampangan, bermula jam 3 hingga 5 petang.

Antara barisan panel wacana berkenaan,  calon Ketua Pemuda Dewan Pas, Suhaizan Kayat dan Zulhazmi Shariff.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved