Tinjauan audit yang dijalankan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama enam bulan ke atas 10,257 buah tandas mendapati lebih 61 peratus daripadanya berada dalam keadaan tidak memuaskan.
Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, daripada 10,257 buah tandas di bawah seliaan PBT yang diaudit hanya 39 peratus berada dalam keadaan memuaskan.
Malah akuinya, apa yang lebih mengecewakan hanya 350 buah tandas yang diaudit layak diberi penarafan lima bintang.
“Bayangkan hanya 350 buah tandas atau 3.41 peratus mendapat status lima bintang. Adakah kita perlu berbangga dengan statistik ini? Saya fikir kita boleh melakukan dengan lebih baik.
“Ramai orang enggan menyentuh isu tandas dan sanitasi, namun pada hakikatnya seseorang menghabiskan kira-kira tiga tahun dalam jangka hayatnya untuk menggunakan tandas,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di sini semalam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment