Bercakap kepada mStar Online , Ammar berkata, ketika ini dia bekerja sebagai jurulatih gim peribadi dan tidak salah untuknya memuatkan gambar-gambar tubuhnya yang sasa kerana ia berkaitan dengan senaman yang saya lakukan.
"Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja.
"Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut," katanya yang kini nekad berhenti daripada dunia lakonan kerana memulakan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di Kolej Universiti MAHSA.
Tambah Ammar, dia tidak kisah sekiranya dikritik segelintir pihak kerana sudah biasa menerima pandangan negatif masyarakat sejak menyertai dunia seni hiburan tempatan.
Kata pelakon filem KL Gangster 2 ini, sejak di awal kemunculannya, dia sememangnya dikenali kerana sering mempamerkan bentuk badan terutamanya yang membabitkan peragaan fesyen.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment