ONEXOX
BannerFans.com

Villa Nabila – Kecoh, jangan persalahkan Izzat, ini sebabnya…

on Friday, November 22, 2013

Mohd Izzat Izzudin Hussin, remaja yang dikatakan hilang di Villa Nabila sebelum ini. Menjadi kecoh kerana dikatakan telah hilang dan disorokkan makhluk halus selepas memasuki sebuah rumah tinggal dikatakan berhantu Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru pada 16 November lalu.

Kita juga terasa pelik, dia boleh ‘lepak’ di rumah rakan dan ibunya menangis di TV kerana kehilangannya. Dia juga dipersenda di media sosial kerana tindakannya.

Sebenarnya Izzat Izzuddin tak boleh dipersalahkan. Ini sebabnya, sebenarnya adalah seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai permasalahan perlahan belajar (slow learner).

Ia diakui sendiri oleh ibu dan bapa remaja itu ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Dato Hajah Hasnah, Majidee di Johor Bahru, Rabu lepas.



Bapa Mohd Izzat, Hussin Md Tap, 61 tahun, sedih apabila anaknya dituduh penyebab kekecohan seluruh negara kerana berita kononnya 23 orang hilang selepas masuk ke Villa Nabila padahal hanya Mohd Izzat yang hilang.

“Dia OKU slow-learner (lambat belajar).. Dia jenis tidak pandai sangat membaca.. Dia mudah terikut-ikut cakap orang.. Dia tidak begitu pintar dan cerdik nak pergi ke sana (Villa Nabila) sendiri.. tak ada.. Dia terikut-ikut dengan apa yang orang bawak dia,” kata Hussin dalam nada yang pilu kepada Mynewshub.my.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku Sabtu lepas ialah yang pertama kali terjadi sejak Izzat lahir ke dunia ini.

“Tempat-tempat seperti ini dia tidak pernah pulak pergi.. Tak pernah terjadi dalam masa 16 tahun umur dia.. Ini kali pertama saya mengetahui perkara sebegini.. tidak pernah,” katanya.





Hussin turut meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti daripada menuduh bukan-bukan ke atas Izzat kerana dia hanya hilang dan bukan dia yang menyebabkan kekecohan di seluruh negara.

“Orang yang menyebarkan di internet tu, janganlah sebarkan perkara yang buruk.. carilah perkara yang elok untuk kebaikan keluarga saya.. disebabkan kejadian ini keluarga saya cukup malu.

“Saya sekarang sudah tak boleh nak keluar rumah sangat.. Ada orang bertanya pula tentang masalah-masalah ini.. Itu yang saya tak mau.. Janganlah isu ini dipanjangkan lagi dengan yang buruk ditambah-tambah,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Ape bende laa korang ni..psal hal org laen,korang plak yg begadoh.nk komen tu laenkali gune otak


November 22, 2013 at 8:28 PM
Anonymous said...

kalau tak ada benda baik nak cakap.. lebih baik diam2 ..


November 22, 2013 at 9:25 PM
neelofa said...

aigoo...media mmg camtu nk lariskan citer..perkara kecik pon dibesar2kannya..citer dah habes..tutup kes jela..jgn nk bising2..hehehe


November 23, 2013 at 2:19 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved