ONEXOX
BannerFans.com

Generasi lama Adat Perpatih yang ego, tidak bijak perlu letak jawatan

on Tuesday, December 31, 2013

Setelah beberapa kurun adat perpatih ini diamalkan di Negeri Sembilan, kini ia semakin dilupakan terutama generasi baru yang lahir sekitar tahun 60-an ke atas. Rata-rata anak watan Negeri Sembilan kini tidak memahami adat perpatih, inti pati dan pengajarannya secara mendalam.

Mereka tidak tahu suku, pemimpin adat masing-masing apatah lagi perjalanan adatnya.

Anak muda tidak ditarik untuk memahami adat perpatih malah generasi lama selalu menganggap adat perpatih adalah hak mereka sahaja, hingga timbul istilah siapa dahulu makan garam, menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Madya Datuk Paduka Dr Rosli Saludin.



Ujar pengkaji sejarah Negeri Sembilan itu, pendapat dan pandangan generasi muda mengenai adat perpatih sering dipinggirkan.

Malah anak muda yang mula berminat kepada adat perpatih dianggap cabaran bagi mereka yang lama hingga timbul suara-suara nakal yang menyatakan anak muda itu ingin merampas jawatan.





"Golongan cerdik pandai dalam kalangan anak muda memang sudah terpinggir kerana dibimbangi mereka ini akan banyak cakap dan sering bertanya kepada kepimpinan adat.

Ujarnya sangat penting membuang ego generasi lama dan baru bagi mencari titik persamaan dan apabila sudah ada titik persamaan itu, baharulah boleh duduk semeja berbincang.

Selain itu, sudah tiba masanya kerajaan Negeri Sembilan menubuhkan Akademi Adat atau Institut Adat atau Yayasan Adat dalam bentuk yang serius dan tidak ada kepentingan peribadi di dalamnya.

"Kita perlu hidupkan semula idea Datuk Undang Abdullah Dahan dari Rembau yang mahukan semua kepimpinan adat ada ilmu setinggi yang boleh. Jika mereka dilantik jadi pemimpin adat perlu amanah dan jalankan tugas dengan baik.

"Jika bermasalah perlulah letak jawatan dan diganti dengan yang baharu," katanya pendidikan adat perpatih juga perlu dijadikan subjek tambahan di peringkat sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved