ONEXOX
BannerFans.com

Johan akui masih belajar, Kakak nafi keluarga tak restu

on Saturday, December 28, 2013

Nampaknya tahun 2013 milik Johan As’ari dengan episod gelojoh terhangat. BH  dengan tajuk “Sandiwara Johan” kerana hubungan  cintanya dengan Lana Nordin yang baru berputik lebih sebulan lalu putus, mengakibatkan pelakon itu dicemuh peminat.

Gelojoh kerana melamar Lana setelah tiga hari berjumpa, riuh! Sebulan bercinta, putuskan hubungan, riuh juga!!

Mempermainkan perasaan wanita, terkini Lana Nordin setelah Shila Amzah. Ada blog menyatakan sudah empat wanita dipermainkan Johan.



Johan membuat kenyataan kerana kritikan peminatnya. Minta diberi peluangan kedua kerana masih belajar nak berbini.

“Saya harap peminat memberi peluang kedua kerana saya masih belajar, apa yang berlaku ini menjadi pengalaman hidup buat saya.”





Lebih menunjukkan gelojohnya Johan dengan kenyataan terkini kakaknya, Farah Alya As’ari.

Mereka tidak pernah menghalang kedua-dua pelakon itu untuk bercinta, tetapi hanya terkejut dengan keputusan Johan yang terburu-buru untuk berkahwin.

“Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan.

“Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalui khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak bercakap mengenai Lana,” ujarnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved