Pengetuanya, Che Kamaliah Endud berkata, pendekatan komprehensif itu bukan sahaja menumpukan terhadap aspek akademik, malah meliputi kokurikulum termasuk kebajikan pelajar.
"Inisiatif ini telah terbukti berupaya menghasilkan impak apabila kita berjaya mengekalkan keputusan cemerlang pada masa sama mengekalkan kedudukan di tempat pertama sebagai sekolah terbaik di negeri ini seperti tahun-tahun sebelum bagi peperiksaan ini.
"Untuk tahun ini kita masih berjaya mengekalkan gred purata sekolah (GPS) pada kadar 1.03 sama seperti tahun lalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas mengumumkan keputusan PMR 2013 TKC di Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.
Seramai 96 daripada 112 calon TKC menduduki peperiksaan tersebut meraih keputusan 8A.
Menurutnya, fokus terperinci terhadap setiap aspek itu mempengaruhi segala perancangan serta pelan strategik yang dibentuk sehingga mampu membawa keputusan berimpak tinggi.
"Ini bermakna kita hanya buat program sekiranya ia mampu membuahkan hasil, bukan kita laksanakan aktiviti kerana orang lain buat.
"Malah, selepas sebarang pelaksanaan program, kita kemudian akan menganalisis hasil perkembangan pelajar. Maka secara tidak langsung kita juga akan dapat kenal pasti kelemahan pelajar yang mana boleh dibaiki dari semasa ke semasa," ujarnya.
Tambah beliau, pihak TKC juga amat menitik beratkan soal kebajikan pelajar yang meliputi kemudahan, pemakanan termasuk pengisian aktiviti pelajar di sekolah berasrama penuh itu.
"Sebagai contoh kita menjaga soal pengambilan pemakanan mereka sehingga ke waktu tidur pelajar-pelajar ini.
"Ini penting kerana ia merupakan asas kepada kejayaan, ini kerana fizikal yang sihat akan menjana kepada mental yang cergas sekali gus memudahkan pelajar untuk menumpukan kepada pembelajaran akademik masing-masing," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment