Beliau berkata, sudah terlalu lama Adun di negeri ini menerima elaun pada kadar sekarang berjumlah RM5562 tanpa kenaikan.
"Seingat saya sejak saya menjadi Menteri Besar tidak ada kenaikan, ini sudah lebih 10 tahun, oleh itu kajian akan dibuat.
"Jika ada keperluan untuk menaikkan kadar elaun itu kita akan buat tapi bukan untuk bagi tinggi macam sesetengah negeri yang lain," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad berkata orang ramai perlu berhati-hati dengan sebarang tawaran oleh pihak tertentu bagi mendapatkan pingat dan darjah kebesaran sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 14 Januari depan.
Katanya, terdapat segelintir individu yang terpedaya dengan tawaran pihak tertentu yang kononnya boleh mendapatkan anugerah darjah kebesaran dan pingat.
Sementara itu, beliau berkata memandangkan hari keputeraan Tuanku Muhriz jatuh pada hari yang sama dengan sambutan Maulidur Rasul, maka kerajaan negeri memutuskan keesokan harinya iaitu 15 Januari sebagai cuti umum ganti.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment