Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Ikhlas akan berbincang mendapatkan tempat sekurang-kurangnya 50 tapak khas untuk peniaga Melayu di dalam kawasan Nilai 3.
Katanya, sebelum ini usaha mereka untuk menempatkan usahawan bumiputera di situ tidak berjaya berikutan terdapat beberapa halangan pihak tertentu.
“Saya akan berjumpa terus dengan YDP MPN, bagi membincangkan masalah ini dengan lebih serius, agar usahawan bumiputera kita dapat berniaga di situ.
“Bangsa asing dilihat memonopoli pusat perniagaan di situ, maka sudah tentu ia akan menyukarkan peniaga kita berniaga, kalau ada pun mereka hanya menjual makanan dan minuman di tepi-tepi jalan, berbanding bangsa asing yang mampu membuka kedai-kedai besar,” katanya.
Menurutnya, sebanyak 50 usahawan bumiputera bersedia bertapak di Nilai 3, dan kini cuma menunggu untuk mendapatkan tempat sahaja.
Beliau berkata, pihaknya berharap agar usaha sama antara kerajaan negeri dengan Ikhlas dapat memberi manfaat kepada usahawan Melayu, dalam menjana ekonomi mereka dengan lebih baik.
“Usahawan bumiputera kita ini bukan tidak tahu berniaga, mereka pandai, cuma mereka tidak diberi peluang untuk berniaga di situ.
“Saya yakin jika perbincangan ini berjaya, sudah pasti peniaga kita mampu membuktikan bahawa barang yang dijual juga, sama kualitinya dengan peniaga lain,” katanya.
Ridzuan berkata, Ikhlas hanya mahu sekurang-kurangnya 50 tapak niaga diberikan kepada usahawan bumiputera, dalam membantu mempromosikan produk serta barangan mereka di Nilai 3.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment