ONEXOX
BannerFans.com

Pemilik akaun Facebook hasut guling kerajaan direman lima hari

on Saturday, December 28, 2013

Pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor, berkata perintah reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kira-kira 12 tengah hari tadi.



Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun itu kini ditahan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.





Suspek yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi ini setelah dia ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved