Menceritakan insiden itu, Nor’aini berkata, sebelum kejadian, dia bersama dua anak berusia 14 dan 18 tahun makan malam di sebuah kedai di Lukut kira-kira jam 8 malam sebelum pulang ke rumah jam 10 malam.
Katanya, sebaik tiba di rumah, dia ternampak seorang lelaki bergegas lari menerusi tingkap bahagian dapur menyebabkannya ketakutan dan menghubungi polis. “Saya tidak berani bertindak kerana penceroboh itu pantas melarikan diri dan 20 minit kemudian polis tiba dan saya masuk ke dalam rumah.
“Saya terkejut apabila mendapati keadaan rumah berselerak dan almari digeledah,” katanya.
Nor’aini berkata, pemeriksaan mendapati penceroboh memasuki rumah dengan mengumpil pintu dapur dan melarikan diri menerusi tingkap.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment