ONEXOX
BannerFans.com

Google Hasilkan Paparan Khas Yasmin Ahmad Hari Ini

on Tuesday, January 7, 2014

PETALING JAYA: Enjin carian Google memberi penghormatan kepada pembikin filem Malaysia, Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menghasilkan paparan khas pada logo carian itu sempena meraikan ulang tahun beliau ke-56 pada Selasa.

Allahyarham meninggal dunia pada 15 Julai 2009 ketika berusia 51 tahun akibat pendarahan otak.

Beliau terkenal dengan arahannya menerusi iklan Hari Raya Petronas dan memenangi beberapa anugerah untuk filem Rabun , Sepet , Gubra , Mukhsin , Muallaf dan Talentime.

Walaupun beberapa karya beliau menerima kritikan dan dianggap tabu dalam konservatif Malaysia, penulis dan pengarah tersebut tetap menjadi ikon yang di sanjung industri perfileman negara.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Google memberi penghormatan dengan memperingati usaha Yasmin Ahmad dalam menyatukan rakyat Malaysia daripada setiap jantina, etnik dan agama.





Menurut Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof, mereka memutuskan untuk menyambut ulang tahun ke-56 Yasmin dengan paparan di muka utama laman Google kerana beliau merupakan seorang tokoh yang sangat memberi inspirasi.

"Google sentiasa mengambil berat dan meraikan personaliti tertentu untuk memberi penghargaan kepada mereka terutamanya yang telah banyak memberi inspirasi kepada masyarakat.

"Kali ini kami memilih Yasmin Ahmad untuk memperingati pengarah ini dengan memaparkan lukisan gambar beliau di laman utama Google sepanjang hari ini," katanya.

Pasukan Google yang bekerja di ibu pejabat di Mountain View, California bertanggungjawab untuk membuat semua paparan Google di seluruh dunia.

"Pejabat tempatan akan memberi cadangan personaliti yang difikirkan layak. Ia adalah satu proses yang sangat sukar, kerana terdapat lebih daripada 1,000 cadangan setiap tahun, lebih 70 negara," kata Zeffri.

Paparan dan lukisan wajah Allahyarham berdasarkan gaya visual Sepet kerana filem tersebut merupakan filem yang paling berjaya dan mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara.

Dalam kenyataan itu, Google juga berterima kasih kepada keluarga Yasmin untuk kebenaran dan kelulusan bagi tujuan berkenaan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved