ONEXOX
BannerFans.com

'Kenapa libas emak kamu?'

on Wednesday, January 8, 2014

SEREMBAN – “Kenapa kamu libas emak kamu dengan parang?  Dia yang melahirkan kamu dan saya mahu selepas ini kamu meminta maaf kepada dia” kata Majistret Muhammad Izuan Mohamed Noh sebelum menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara terhadap Amirullah Sendreng, 23, atas kesalahan mencederakan ibunya dalam kejadian Jun lalu.

Terdahulu, Amirullah yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan membuat pengakuan bersalah mendatangkan cedera parah terhadap Roslina Hassan, 54, dengan cara menumbuk lengan kirinya sehingga menyebabkan keretakan.



Kejadian dilakukan kira-kira 7.40 pagi pada 9 Jun 2013 di Taman Desa Rhu, Sikamat dekat sini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,  jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda.





Dalam rayuannya, tertuduh memberitahu dia tidak sengaja mencederakan ibunya dan memohon dikenakan hukuman berbentuk penjara.

Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran terhadap tertuduh.

Sebagai pengajaran, Muhammad Izuan kemudian menetapkan hukuman 18 bulan penjara terhadap tertuduh.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved