Pihak Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.
“Bank berkenaan menafikan hak pekerja Muslim untuk menunaikan solat sejak November. Pekerja ini kemudiannya dipecat apabila mereka memohon untuk menolak keputusan bank yang mahu memisahkan mereka daripada keluarga selepas mengeluarkan arahan penempatan semula.
“Pegawai Muslim di Kementerian Sumber Manusia, pihak berkuasa dan Umno gagal untuk melindungi kedaulatan Islam,” kata Timbalan Presiden NUBE, Abdul Jamil Jalaludeen dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, soal kalimah ALLAH mendapat pembelaan sehingga beberapa NGO dan Umno membuat bantahan namun tiada reaksi diberikan ke atas isu penafian hak pekerja itu.
“Kami terkejut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) malah badan bukan kerajaan termasuk Umno turut mengadakan bantahan di sekitar gereja.
“Tapi mereka gagal bertindak ke atas bank tersebut. Adakah bank berkenaan mengatasi undang-undang dan kedaulatan Islam?,” kata dipetik Sinar Harian.
Mengikut kenyataan NUBE di Facebook, bank yang dimaksudkan adalah Bank Hong Leong Cawangan Jalan Tun Ismail, Kuantan, Pahang dan perkara tersebut diadukan kepada Pejabat Agama Islam Kuantan namun sepi sehingga kini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment