ONEXOX
BannerFans.com

Lelaki berkutungtang cabut lari tinggal tunang apabila diserbu Jabatan Agama

on Thursday, January 2, 2014

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang melarikan diri apabila dikejar anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) terpaksa berpatah balik kerana `tertinggal’ tunangnya ketika rumah sewa mereka diserbu, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu dikatakan cemas apabila berdua-duaan dengan tunangnya dalam rumah sewa wanita itu di Jalan Kuala Kedah, menyebabkan dia bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran van pihak berkuasa, kira-kira 12.45 tengah malam.

Difahamkan, lelaki itu dikatakan berjaya meloloskan diri keluar dari pagar rumah berkenaan ketika anggota penguat kuasa baru hendak menyerbu rumah itu dengan hanya berkaki ayam.

Tapi, dia sudah jauh meninggalkan rumah kira-kira 500 meter berpatah balik ke kediaman itu setengah jam kemudian.



Dia menyerah diri selepas dihubungi tunangnya berusia 19 tahun apabila penguat kuasa meminta memberi kerjasama untuk diambil keterangan.

Selain itu, pasangan itu turut menunjukkan sijil kursus perkahwinan dan bakal berkahwin tidak lama lagi malah mereka mengaku berkongsi membayar rumah sewa berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penguat kuasa Undang-undang Syariah JAIK Kedah Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, berkata pihaknya hanya memberi amaran kepada pasangan itu supaya tidak tinggal bersama disebabkan ketika serbuan dilakukan lelaki itu sempat melarikan diri.





Beliau berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kelakuan sumbang pasangan itu yang dipercayai sering berada dalam rumah terbabit tanpa sebarang ikatan perkahwinan sah sejak hampir dua bulan lalu.

“Berikutan itu, anggota kami datang untuk membuat pemeriksaan dan ketika sampai di lokasi kita dapati pasangan itu berada di ruang tamu rumah berkenaan berdua-duaan dengan keadaan pintu jeriji besi terbuka.

“Anggota kami kemudian mengarahkan lelaki itu mengosongkan rumah berkenaan supaya mengelak mereka berdua-duaan di rumah berkenaan,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved