Semasa membuat persembahan di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert Jubli Emas TV Malaysia, Shiro dikatakan terlalu mencuba untuk menarik perhatian Shabery dengan memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas. Mereka bakal digam RTM kerana lawak ‘bodoh’, kata gosip di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan.
mStar menghubungi Shiro untuk dapatkan penjelasan.
“Kami tidak tahu atau dimaklumkan apa-apa daripada pihak RTM tentang perkara tersebut, malah selepas rancangan itu, RTM masih memanggil kami untuk mengendalikan rancangan terbitan mereka.
“Boleh dikatakan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini memang baik dan pihak stesen televisyen tersebut sentiasa memberi kami peluang dalam pelbagai rancangan mereka sejak kami muncul dalam industri,” katanya
Persembahan yang dilakukan pada malam itu hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen, tambah Shiro.
“Ya…kami ada menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan itu,” ujarnya.
Shiro juga meminta maaf jika lawak mereka, mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment