ONEXOX
BannerFans.com

Glory glory Man U. Man United 4 Villa 1, Juan Mata Jaring Gol Pertamanya Untuk United

on Saturday, March 29, 2014

MANCHESTER UNITED bangkit dari kekalahan yang memalukan di tangan Manchester City empat hari lalu dengan menundukkan Aston Villa 4-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Bagaimanapun Villa terlebih dahulu membuat kejutan dengan mendahului 1-0 pada minit yang ke-13 menerusi tendangan percuma oleh Ashley Westwood.

Villa memperolehi tendangan percuma itu akibat kecuaian pemain pertahanan United, Rafael da Silva yang bertindak kasar ke atas pemain Villa.

Tetapi kemudian Rafaeal menebus kesilapannya itu dengan meluru ke tengah padang dari bawah dalam satu serangan balas pada minit ke-20 sebelum melorongkan bola kepada Shinji Kagawa yang kemudiannya mengumpan dengan satu hantaran tepat kepada Wayne Rooney yang menanduk masuk tanpa dikawal di sebelah kiri pintu gol Villa.



Selepas itu menyaksikan United menguasai permainan khususnya di bahagian tengah dan pada minit ke-45, United memperolehi penalti apabila Kagawa sekali lagi memainkan peranan utama dengan melorongkan bola kepada Juan Pablo Mata yang berada di kawasan kotak penalti tetapi pemain Sepanyol itu telah dijatuhkan dari belakang dalam kotak penalti oleh pertahanan Villa, Bacuna.

Rooney seperti biasa tampil untuk mengambil sepakan penalti dan apabila dia meluru ke hadapan, penjaga gol Villa melompat tepat ke arah bola tetapi rembatan Rooney terlalu kencang untuk ditahan.

Ia adalah jaringan Rooney yang ke-15 dalam perlawanan liga musim ini.

Sebaik sahaja tamat separuh masa pertama, United menguasai 59% permainan berbanding 41% oleh Villa.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula Michael Carrick dimasukkan ke padang mengantikan Darrent Flatcher.

Pada minit yang ke-57, Juan Mata menjaringkan golnya yang pertama untuk United sejak menyertai kelab itu dari Chelsea Januari lalu menjadikan kedudukan 3-1.

Tidak lama kemudian iaitu pada minit ke-68, Pengurus United, David Moyes memasukkan Adnan Januzaj mengantikan Juan Mata.

Kemasukkannya mengubah rentak permainan kerana kepantasan Januzaj membolehkan United melakukan serangan pantas dari sebelah kiri padang.

Tujuh minit kemudian, pemain antarabangsa Mexico, Javier Hernandez pula dimasukkan mengantikan Rooney.





Kedua-dua Januzaj dan Hernandez bergandingan dengan baik sekali dan pada minit terakhir permainan Januzaj yang melakukan pintasan demi pintasan dari sebelah kiri padang telah membolehkan Hernandez menjaringkan gol keempat United dan gol peribadinya yang ketiga musim ini.

Kemenangan besar ini melegakan Moyes yang berhadapan dengan kecaman dan kritikan pedas khususnya daripada para peminat tegar United yang mahukannya meletak jawatan.

Namun Moyes tidak mudah mengaku kalah dan perlawanan ini membuktikan yang United masih mampu bangun dari musim yang penuh dengan cabaran dan dugaan sejak Sir Alex  Ferguson bersara.

UNITED:  De Gea, Da Silva, Jones, Vidic, Buttner, Fellaini, Fletcher, Kagawa, Mata, Young, Rooney. Simpanan: Giggs, Hernandez, Carrick, Nani, Welbeck, Amos, Januzaj.

VILLA:  Guzan, Bacuna, Vlaar, Clark, Bertrand, Albrighton, Westwood, Delph, Weimann, Benteke, Agbonlahor.

Simpanan: Bennett, Steer, Sylla, Tonev, Holt, Lowton, Robinson.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved