ONEXOX
BannerFans.com

Jangan Bergantung Pada 'Google Maps' Untuk Cari Pesawat Hilang

on Tuesday, March 11, 2014

PETALING JAYA: Mereka yang prihatin tidak seharusnya bergantung pada 'Google Maps' (Peta Google) untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kerana ia tidak memberi maklumat satelit secara langsung.

Dengan carian yang memasuki hari keempat pada Selasa, beberapa rakyat yang prihatin telah menghubungi 'The Star', setelah mereka percaya menemui pesawat yang hilang selepas membuat penelitian melalui imej satelit Google Maps.

Memberikan pelbagai imej kapal terbang dalam Google Maps yang jelas menunjukkan imej kapal terbang, kebanyakan orang ramai percaya bahawa ia adalah kapal terbang yang hilang.





Seorang pembaca yang membuat panggilan menunjukkan lokasi di pulau Vietnam, Cau Ma Thiên Lãnh , yang terletak di selatan barat Bandar Raya Ho Chi Minh sebagai lokasi pesawat tersebut manakala individu lain menghantar e-mel koordinat lokasi kapal terbang yang hilang berhampiran Empangan Kenyir di Terengganu.

Jurucakap dari Google Malaysia berkata walaupun terdapat pelbagai gambar kapal terbang di pelbagai lokasi, ia bukanlah imej secara langsung.

"Ya, imej boleh jadi berada di sana, tetapi ia bukan imej satelit pada masa sebenar kerana imej tersebut mungkin telah diberikan kepada kami beberapa minggu atau bulan lepas," katanya ketika dihubungi.





Beliau berkata imej Google Maps atau Google Earth biasanya disumbangkan oleh sumber-sumber pihak ketiga yang memberikan imej beberapa minggu atau beberapa bulan lebih awal.

"Imej-imej yang ditangkap kadang-kadang akan mengandungi gambar kapal terbang, biasanya pada laluan penerbangan dan tidak boleh dianggap sebagai lokasi kemungkinan berlakunya kemalangan," katanya.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

copy paste dari someone....

assalamualaikum, sy bersimpati atas kehilangan penumpang dan anak kapal mh370, pada pandangan sy harap pihak berwajib boleh cuba mencari pesawat terbabit di dasar laut kawasan berbatu antara 2/3 km berhampiran dengan bukit yg dikelilingi hutan tebal,. kemungkinan juruterbang cuba mengelak bukit lalu hilang kawalan dan terjunam ke dasar laut.. pesawat mungkin tersekat di dasar laut yg penuh dengan batu karang.. INSYAALLAH.. sama2 lah kita bertawakal dan berusaha moga dengan cara ini pesawat ditemui.. amin..


March 11, 2014 at 7:50 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved