Mohamad berkata, pihak berkenaan tidak perlu berselindung di sebalik laman sosial tanpa mempunyai maklumat dan berita sahih, sebaliknya berdepan dengan kerajaan sekiranya pihak-pihak berkenaan mempunyai perasaan tidak puas hati.
“Bersemukalah daripada terus berselindung di sebalik laman sosial. Mari kita berdialog bagi menyatakan apa yang tidak puas hati.
Jika tidak mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, mari berjumpa dengan saya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Pekerti), Negeri Sembilan Ke-33 di bangunan Pekerti, dekat sini, semalam.
Dalam masa sama, beliau turut menyifatkan pihak berkenaan adalah orang yang miskin minda dan mengalami sakit jiwa kerana mempunyai tujuan tertentu.
“Kerajaan dan pihak berkuasa sedang berusaha melaksanakan kerja-kerja mencari dan menyelamat, tetapi sesetengah pihak pula dengan sesuka hati mengatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan.
“Ini adalah kali pertama dalam sejarah usaha mencari dan menyelamat (SAR) MH370 melibatkan berpuluh negara tanpa mengira latar belakang dan fahaman ideologi politik.
“Macam-macam mereka menuduh dan mengkritik pemimpin negara dan kerajaan berikutan dengan tragedi MH370. Orang sebegini jika dinasihatkan pun memang tidak berguna lagi," katanya.
Mohamad berkata, sebagai rakyat Malaysia, mereka perlu bersatu padu dan kekal berdoa walaupun berbeza ideologi politik.
“Saya malu apabila melihat sesetengah rakyat di negara saya sendiri begitu ghairah untuk merebut kuasa dan seterusnya menuding jari dan mengecam kerajaan,” katanya.
Mohamad turut mengharapkan masyarakat supaya tidak terikut-ikut dengan sesetengah pihak yang mempunyai minda dan jiwa yang miskin.
“Mereka ini seperti ketandusan jati diri. Jadi saya mahu mereka supaya berhentilah buat kerja sebegini. Jangan ingat kita sahaja yang bagus dan menjadikan laman sosial sebagai alat untuk mengecam dengan tindakan SAR yang sedang diusahakan ketika ini,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment