ONEXOX
BannerFans.com

Jangan zalim kepada Zaharie dan keluarga – Anwar

on Saturday, March 22, 2014

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan Kapten Zaharie Ahmad Shah dan persoal siapa yang memberi maklumat kepada akhbar Daily Mail, London sehingga mereka boleh menuduh beliau mempunyai kaitan dengan juruterbang pesawat itu.

Anwar berucap di majlis pelancaran Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi. Kata Anwar, ini semua adalah perbuatan untuk memburukkan beliau.

“Siapa yang beri maklumat kepada Daily Mail mendakwa dia penyokong Anwar yang fanatik? Kemudian semua media Umno dan BN pertikai hubungan Anwar dengan Zaharie. Saya hendak beritahu jangan zalim kepada Zaharie dan keluarga. Dia hanya juruterbang professional.



“Kamu cuai, kamu tidak tahu menjaga radar. Kamu tidak tahu menjaga keselamatan negara. Kamu tidak boleh jawab hilang pesawat, kamu hendak salahkan juruterbang tanpa sedikit pun bukti. Saya katakan tanpa alasan dan bukti, kita pertahankan maruah dan profesionalisme juruterbang Zaharie,” katanya dipetik The Malaysian Insider.





Beliau dan rakan-rakan Pakatan Rakyat kesal kerana permohonan mereka agar kerajaan memberikan penjelasan di Parlimen mengenainya ditolak.

“Bagi penjelasan kat Parlimen tak nak. Kemudian heboh (Kapten) Zaharie (Ahmad Shah) kenal Anwar. Zaharie adik beradik dengan menantu Anwar. Siapa adik beradik saya salah. Siapa sokong saya berdosa. Ini apa punya politik?” katanya.

Anwar berkata, Kapten Zaharie tidak boleh dipersalahkan dalam misteri kehilangan peesawat itu selagi belum didapati bersalah.

Sokongan sepenuhnya perlu diberikan kepada keluarga juruterbang dan kerajaan perlu segera menghentikan spekulasi terhadap juruteerbang tersebut.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved