ONEXOX
BannerFans.com

Keputusan Rasmi PRK DUN Kajang 23 Mac 2014

on Sunday, March 23, 2014

BANGI: PKR mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang apabila calonnya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62, menang Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan majoriti lebih kecil 5,379 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kajang, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, di sini, sebentar tadi.



Wan Azizah memperoleh 16,741 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi manakala undi rosak ialah sebanyak 176 undi.

Peratusan keluar mengundi kali ini merosot kepada 72 peratus berbanding 88.40 peratus yang dicatat semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu.

Hanya 28,314 daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi pada PRK kali ini.





Pada PRU-13, calon PKR, Lee Chin Cheh, menang dengan majoriti 6,824 undi apabila meraih 19,571 berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang memperolehi 12,747 undi.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Cin Cheh pada 27 Januari lalu

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved