ONEXOX
BannerFans.com

Memali: Kenapa Musa ingat tetapi Mahathir lupa?

on Saturday, March 29, 2014

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab dakwaan bekas timbalannya, Tun Musa Hitam bahawa beliau berada di dalam negara dan bukannya di China ketika peristiwa Memali yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain pada tahun 1985 itu berlaku.

Bagaimanapun jawapan Mahathir ialah, "pasal perkara ini sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul atau tidak".

Bagi penulis Shahbudin Husin, memandangkan perkara itu sudah berlaku hampir 30 tahun lalu, maka Mahathir sudah tidak ingat lagi di mana beliau berada ketika itu dan memerlukan sedikit masa, barangkali untuk menyemak kembali diari lamanya.



“Jawapan Mahathir ini bermakna kebenaran masih tergantung sehingga beliau menyemak dan memastikan di mana beliau berada ketika peristiwa Memali itu terjadi,” tulis beliau di dalam blognya semalam.

Bagaimanapun, katanya haruslah diakui bahawa peristiwa Memali adalah peristiwa besar yang sukar dilupakan oleh rakyat negara ini dan tentunya juga menjadi topik perbincangan di dalam mesyuarat kabinet atau di kalangan jemaah menteri ketika itu.

Tambahnya, sekaligus jawapan Mahathir yang tidak dapat mengingati di mana beliau berada agak sedikit mengecewakan bagi sesetengah orang.

“Bagaimanakah Musa Hitam masih mengingati bahawa ketika itu Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini?

“Malah Musa Hitam juga mengingati bahawa dua tiga hari selepas kejadian Memali pun Mahathir masih berada di dalam negara?” soal beliau.

Menurut Shahbudin lagi, ada pula yang berkata, Musa tidak mungkin berkata sesuatu yang beliau tidak pasti kerana dakwaannya bahawa Mahathir berada di dalam negara jika didapati tidak benar, akan membunuh reputasinya sendiri.





Justeru, tanya Shahbudin lagi, betulkah Mahathir tidak ingat di mana beliau berada ketika itu.

“Jika benar beliau berada di China ketika peritiwa Memali yang menggemparkan negara itu, logikkah beliau sudah lupa mengenainya?

“Jika benar Mahathir berada di dalam negara pula, benarkah juga beliau sudah lupa tentangnya?” tanya beliau.

Beliau menambah, sementara kebenaran yang sebenarnya diharap akan diketahui tidak lama lagi, rakyat mula berteka-teki - siapakah yang sebenarnya berbohong antara dua Tun ini.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved