Firma yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered, bertindak untuk ahli keluarga mangsa, telah memulakan prosiding dengan memfailkan petisyen penemuan dalam Mahkamah Negeri Circuit of Cook, Illinois.
Monica Kelly, peguam utama Ribbeck Law Chartered, berkata firma itu yang pakar undang-undang penerbangan telah dihubungi ahli keluarga dari China dan Indonesia.
Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS dinamakan sebagai defendan kedua.
“Kami yakin kedua-dua defendan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370,” kata Kelly.
Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menjawab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai jutaan ringgit bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab.
“Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang berada di atas pesawat itu,” tambahnya.
“Keluarga nampanya menerima hakikat bahawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar mengapa ia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat.
“Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah punca kapal terbang ini terhempas,” katanya.
Ribbeck berkata pampasan adalah kira-kira USD1.5 bil ( RM4.95bilion ) dan firma itu akan menuntut jumlah penuh dibayar.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Konspirasi USA...
Moga Allah menurunkan bencana kehancuran mukabumi negara itu
March 27, 2014 at 5:04 AM
Post a Comment