ONEXOX
BannerFans.com

Punca sebenar Suhada AF10 ditangkap curi basikal

on Wednesday, March 26, 2014

Pada 12 Februari lalu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-10, Suhada atau nama sebenarnya Abdul Suhadah Unding, 22, bersama tiga lagi rakannya ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kerana didakwa mencuri sebuah basikal.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.30 petang. Menceritakan detik-detik memalukan tersebut, Suhada yang juga adik kepada KJ Mentor 6 menafikan dia terbabit dalam kegiatan jenayah itu, sekaligus mahu membersihkan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

“"Ketika itu, saya turut membawa seorang lagi rakan lain. Bermaksud, kami semua berempat. Apabila tiba di kedai basikal yang dituju, tiba-tiba kami dikepung oleh polis dan terus menahan kami atas tuduhan menjual basikal yang dilaporkan telah dicuri.



“Saya benar-benar terkejut kerana tidak tahu-menahu bahawa basikal yang berharga ribuan ringgit itu sebenarnya adalah basikal curi. Niat saya hanya mahu membantu dua rakan tersebut atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin sejak kecil lagi. Apatah lagi, antara kami hanya saya seorang sahaja yang memiliki kereta.

“Tidak sangka pula insiden ini akan berlaku dan sejujurnya, ketika ditahan polis, ramai yang memerhati dan ia amat memalukan."

Rentetan tangkapan itu, Suhada bersama tiga rakannya dibawa ke balai polis berhampiran dan segala keterangan telah diambil. Menurutnya, pihak polis berpuas hati dengan penjelasan Suhada serta seorang lagi rakannya, lalu membebaskan mereka berdua.

Tambah Suhada, ketika itu, dua lagi rakannya masih ditahan untuk siasatan lanjut, tetapi kini mereka telah dibebaskan setelah perbincangan dilakukan dengan pemilik basikal berkenaan yang baik hati menggugurkan dakwaan.





“"Alhamdulillah, kes ini telah selesai sepenuhnya. Jika tidak, saya amat simpati dengan nasib dua rakan yang telah lama saya kenal. Saya tidak tahu punca mereka boleh melakukan kegiatan itu.

“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati memandangkan kontrak bersama Astro masih lagi berjalan. Saya juga mahu menjaga maruah keluarga serta perjalanan karier seni saya."

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved