ONEXOX
BannerFans.com

Shahidan Kassim - Dr Maza ke Mekah pohon doa MH370

on Saturday, March 15, 2014



Tulis bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin di FB beliau...

Alhamdulillah, dalam kesibukan jadual akibat pelbagai isu terutama MH370, DS Shahidan Kassim menteri yang bertanggungjawab Majlis Keselamatan Negara terbang ke Mekah tanpa protokol dan hanya ditemani oleh saya yang kerdil ini. Beliau datang ke Mekah untuk berdoa agar Allah membantu urusan negara. Beliau hanya datang ke Mekah beberapa jam sahaja, selepas umrah dan berdoa beliau akan terus pulang dengan kapal terbang MAS yang sama. Saya inshaAllah masih di sini sendirian untuk beberapa hari. Saya memuji langkah beliau ini terutama di saat ada yang sedang berkhurafat dengan bomoh. Sebenarnya, kita semua wajib kembali bergantung kepada Allah. Mudah-mudahan Allah makbulkan. 

Gambar saya dan beliau selesai tahallul sejam sebelum subuh tadi di Mekah. InshaAllah beliau akan pulang segera.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved