ONEXOX
BannerFans.com

Gambar keluarga MH370 diguna untuk iklan memipit!

on Friday, April 11, 2014

Apa nak dikata dengan peniaga jenis ini?

Berpada-padalah sikit kalau nak berniaga pun.

Ada ke patut gambar keluarga penumpang MH370 dijadikan modal untuk menjual produk yang ada unsur seks di Facebook?



Otak ke letak kat lutut ke apa?

Cuba lihat baris ayat di gambar itu… jauh daripada perasaan sebenar waris mangsa kan?

Walaupun muka telah dipadam… tetapi ramai yang kenal sangat gambar itu.

Kewujudan iklan dengan gambar itu disampaikan kepada Mynewshub oleh salah seorang pembaca kami yang meminta identitinya dirahsiakan.

hai.. boleh siarkan msg ni.. menggunakan gambar keluarga penumpang mh370 untuk iklan barangan dia.. sangat tidak sensitif..saya dah tegur tapi msg saya telah dipadamkan… saya sangat marah.. tolong hide identiti saya,,, boleh?

Bila orang tegur siap boleh padamkan mesej…maknanya kemungkinan besar ia dibuat secara sengaja.

Apa pun… tinjauan Mynewshub pada sebelah petang mendapati gambar itu telah dipadamkan… mungkin disebabkan terlalu ramai yang mengutuk sikap peniaga berkenaan.

Namun, kami tetap mahu memperlihatkan kepada anda semua bagaimana adakalanya nilai kemanusiaan itu boleh jatuh ke tahap yang sangat hina semata-mata dalam mengejar keuntungan perniagaan.


Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved