ONEXOX
BannerFans.com

Panda RM25 juta: Mewahnya BN berbelanja

on Monday, April 14, 2014

Kerajaan Umno-BN sanggup menghabiskan RM25 juta bagi membina Pusat Konservasi dan Pameran Panda dan pembiayaan dua ekor Panda dari China di Zoo Negara. Jumlah itu tidak termasuk pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun.

Saya tidak nampak di manakah rasional tindakan kerajaan Umno-BN menghabiskan duit rakyat untuk perkara yang tidak penting.



Dalam suasana rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup akibat salah urus ekonomi negara, di samping hutang negara yang melebihi 500 bilion, tiba-tiba Umno-BN dengan murah hatinya menghabiskan duit kerana dua ekor panda tersebut.

Dengan jumlah tersebut berapa banyak keluarga miskin dapat dibantu. Berapa banyak biasiswa dapat dikeluarkan. Berapa banyak rumah untuk keluarga miskin dapat dibina.

Mereka berbelanjan mewah sebab mereka tidak merasai bagaimana susahnya rakyat membanting tulang mencari rezeki untuk sesuap nasi. Mereka tidak tahu ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak ada rumah atau tanah sendiri. Mereka tidak peduli sama ada anak-anak keciciran dalam pelajaran kerana tiada duit. Mereka tidak peduli semua itu!

Saya simpati kepada penyokong Umno-BN yang miskin dan masih tidak memahami bahawa “menang sorak kampung tergadai”. Mereka tidak nampak bahawa suatu hari nanti negara yang mereka bangga-banggakan ini akan tergadai akibat keborosan dan ketirisan parti yang mereka sokong selama ini.

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved