Katanya, jumlah itu diberikan selepas beliau keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012, tetapi tidak menetapkannya untuk bayaran tertentu.
Beliau berkata, terpulang kepada bekas isterinya itu untuk menguruskan wang terbabit.
“Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan.
“Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3,000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar, ” katanya.
Tuntut RM5,392 sebulan
Aidil selaku defendan berkata demikian ketika disoal peguam syarie, Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.
Rita, 38, sebelum ini menuntut RM5,392 sebulan daripada Aidil sebagai nafkah Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang.
Aidil turut memberitahu mahkamah, ketika berkhidmat dengan pasukan ATM pada 2012 hingga 2013, pasukan itu membayar elaun rumah RM2,500 sebulan dan selepas menyertai Johor Darul Takzim (JDT) pada 2013, pasukan itu yang menyediakan rumah dan membayar sewa tanpa ditetapkan had jumlahnya.
Isu kereta Mercedes
Pada prosiding itu juga, Mohd Zaidi turut membangkitkan pemilikan sebuah kereta Mercedes milik Aidil yang tidak pernah disebut oleh pemain bola sepak itu pada perbicaraan terdahulu.
Menjawab soalan itu, Aidil mengaku membeli kereta berharga RM240,000 itu pada 2012, dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,000.
Katanya, ansuran itu dibayar majikannya berdasarkan perjanjian dipersetujui ketika menandatangani kontrak untuk bersama pasukan terbabit.
Perbicaraan di depan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah bersambung pada 9 dan 25 Jun ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment