ONEXOX
BannerFans.com

Tian Chua nafi keluar kenyataan perkauman ‘bazir air hari Jumaat’

on Tuesday, April 8, 2014

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman seperti didakwa laman Facebook "Anti DAP Club" baru-baru ini.

Chua, yang lebih dikenali Tian Chua, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini menegaskan, pihaknya menerima gambar yang dimuat naik ke laman Facebook pihak tersebut dan tertera perkataan: "Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang menaikkan harga air adalah keputusan yang amat tepat. Ini kerana sebelum ini rakyat terlalu banyak melakukan pembaziran terutamanya pada hari Jumaat.”

Kenyataan itu dilihat cuba menimbulkan kemarahan umat Islam kerana hari Jumaat adalah hari untuk penganut Islam menunaikan solat Jumaat di mana air digunakan untuk mengambil wuduk.



"Kenyataan itu bukan saya yang keluarkan," katanya.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu itu berkata, Anti DAP Club sengaja mengeluarkan khabar angin seperti itu bagi mencetuskan permusuhan agama dan kaum di negara ini.

"Saya memberi amaran agar mereka tidak menimbulkan isu perkauman melalui Facebook atau laman media sosial.

"Kerajaan juga perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mencabar keamanan kita," katanya.

Sasaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan keamanan dan keharmonian Malaysia tidak akan tercapai selagi wujud kumpulan sedemikian, kata Tian Chua.

"Bagaimana kita mahu mencapai matlamat itu sekiranya kumpulan seperti Anti DAP Club berterusan menimbulkan ketegangan agama dan kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan," katanya.

"Jangan timbulkan ketegangan kaum dan agama kerana kesannya teramat buruk."

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved