ONEXOX
BannerFans.com

5 Gambar Majlis Perkahwinan Ruminah Sidek Dengan Orang Jelai

on Saturday, May 17, 2014



Pelakon veteran, Ruminah Sidek atau lebih mesra dipanggil Mak Mah telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan yang juga peneroka Felda Jelai di Negeri Sembilan iaitu Al-Fatah Rahim.

Majlis pernikahan Ruminah Sidek dan Al-Fatah Rahim telah diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu di Klang kira-kira jam 9.20 pagi Sabtu yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif.



Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran berserta tujuh dulang hantaran yang berupa air minuman Twister, kasut, Al-Quran, beg tangan, kek, sejadah dan telekung manakala pihak lelaki pula menerima hantaran berupa tuala, tepak sirih, kek, satu set wangian, set pakaian, sejadah dan buah-buahan.

Majlis perkahwinan Ruminah Sidek telah disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O dan turut dihadiri beberapa orang selebriti seperti Abon, AR Badul, Aida Gadis Melayu, Adlin Aman Ramli dan isterinya Emelda Rosmila dan ramai lagi.





Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved