ONEXOX
BannerFans.com

Anak Tegur Natasha Hudson Lambat Solat

on Monday, May 5, 2014



Sejak membuat keputusan berhijab sekitar dua tahun lalu dan tak lama kemudian dia berkahwin dan hamil anak kedua, pelakon, model dan pengacara jelita, Natasha Hudson sudah memperlahankan aktiviti seni baik dalam bidang lakonan mahupun pengacaraan.

Selepas bersalin pada April tahun lalu, kini aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini menumpukan sepenuh perhatiannya kepada keluarga. Sambil-sambil dia menjalankan perniagaan pakaian muslimah secara online, di rumah.

Bergelar ibu kepada dua cahaya mata, Natasha memberitahu dia bersyukur dan gembira dengan kehidupannya meskipun dia tidak lagi aktif dalam dunia hiburan dalam tempoh setahun dua ini. Melihat anak-anaknya, Nessa Helena (6 tahun) dan Naeema Kalila (1 tahun) membesar, antara momen-momen berharganya setiap hari.

"Saya tidak mempunyai pembantu rumah. Jadi semua urusan rumah dan anak-anak saya yang buat sendiri. Saya melihat contoh pada ibu dan nenek saya. Ibu saya, ibu tunggal tapi dia mampu besarkan anak-anak sendiri. Manakala nenek saya pula mempunyai 12 orang anak. Jadi kalau mereka boleh, kenapa tidak saya. Lagipun saya tak mahu menyusahkan ibu mertua atau sesiapa.

"Sebab itu saya ambil keputusan untuk pelahankan aktiviti seni dan alih tumpuan pada suami dan anak-anak. Tambahan anak saya menyusu badan. Jadi saya terikat dengan anak-anak membuat saya terpaksa menolak tawaran berlakon. Tapi sekarang anak-anak pun semakin membesar dan saya bersedia untuk kembali dalam dunia lakonan kalau ada tawaran", katanya yang bakal menerusi filem 'Mamak Cup Cake' yang akan ditayangkan selepas hari raya Aidilfitri ini.

Natasha ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta baru AuraWhite Beauty, bertempat di sebuah hotel di ibukota. Selain, pelakon baru Amyra Rosli juga turut diperkenalkan sebagai duta baru bagi produk minuman kolagen dan kecantikan wajah popular tersebut.

Dalam perkembangan lain, Natasha memberitahu dia kini sedang menghabiskan pengajiannya dalam jurusan diploma Pengajian Islam di Pusat Islam Yayasan Taklim yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Bakal menamatkan pengajian pada Mei ini, dia juga merancang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.

"Sekarang ni saya sedang habiskan diploma saya dalam pengajian Islam. Saya mula ambil krusus ni pada September tahun lepas. Saya berlajar di Pusat Islam, Yayasan Taklim yang berkolaborasi dengan Irees Institute, Texas. InsyaAllah saya nak sambung ke peringkat ijazah selepas ini.

"Sebenarnya minat saya mahu mendalami agama sudah timbul sejak remaja lagi. Dan ketika saya saya hamil anak kedua, saya teringin nak sambung belaar di Universiti Malaya. Tapi susah nak dapat peluang tu. Dan sejak tahun lepas saya dan suami selalu ke Taklim untuk belajar kelas agama. Kebetulan pihak institut ada buka tawaran untuk diploma, jadi tak lepaskan peluang itu.

Kata Natasha laggi, tidak hanya dia dan suami saja yang seronok ke kelas agama. Malah anak sulungnya juga teruja dan pasti akan mengikutnya ke kelas. Biarpun menyedari anaknya masih kecil, namun aktiviti keagamaan yang dilakukannya bersama suami sikit sebanyak memberi pendedahan awal kepada anaknya itu.

Paling menyentuh hati Natasha apabila anaknya sudah mula mahu memakai tudung dan akan menegur beliau sekiranya dia lambat menunaikan solat.

"Disebabkan saya tiada pembantu rumah, ke mana saja saya pergi, saya memang akan bawa sekali anak-anak saya. Termasuklah bila saya dan suami ke kelas agama, anak-anak akan ikut. Di sana ada bilik khas untuk kanak-kanak.

"Saya perasaan yang Neesa sekarang pun dah mula minta nak pakai tudung. Agaknya sebab saya selalu bawa die ke kelas juga bazaar islamik. Kadang-kadang tu bila dia tengok saya pakai tudung, terus dia pun terus ambil tudung saya di dalam almari dan pakai. Selain tu, kalau dia tau saya lewat solat, dia sendiri yang akan ingatkan saya "mummy, tak sembahyang? Mummy, kenapa lambat?". Saya gembira dan bersyukur sebab walaupun dia masih kecil, dia mula dapat memahami sikit sebanyak tentang agama", tuturnya sambil tersenyum.

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved