ONEXOX
BannerFans.com

Kes Ajak Raba Dan Zina: NGO Buat Laporan Polis Ke Atas Ustaz Azhar Idrus

on Sunday, May 18, 2014

Semalam, SiakapKeli melaporkan kisah seorang gadis yang dikenali sebagai Maryam Mazlieynna Mazlee mendakwa dirinya pernah diraba dan diajak berzina oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Berikutan itu, difahamkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan membuat satu laporan polis berhubung dakwaan gadis itu di Balai Dang Wangi, 11.30 pagi ini.

Gadis berkenaan dikatakan malu dan takut untuk membuat laporan polis berhubung ajakan ustaz itu.

Isu itu mula hangat pertengahan tahun lalu sebelum reda. Namun, tak semena-mena ia kembali hangat di sebuah laman forum, baru-baru ini.

Menurut status yang dikongsikan oleh gadis itu, dia pernah diajak keluar oleh Ustaz Azhar yang difahamkan juga sudah siap menempah sebuah bilik hotel untuk tujuan terkutuk itu.

Mungkin perkara ini merupakan suatu fitnah kerana kalau fikir logik pastinya gadis ini dah buat laporan polis berhubung gangguan yang dihadapinya.

Ini tidak, siap pos status di Facebook, namun tidak berani laporkan kepada pihak berkuasa hanya kerana alasan dia takut nak buat laporan polis.



Sumber






PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved