ONEXOX
BannerFans.com

Lelaki Ini Kemaruk Memipit Dengan Lembu

on Saturday, May 31, 2014



Seorang lelaki yang gagal mengawal nafsu pelik terhadap haiwan peliharaannya iaitu lembu telah dihukum penjara selepas dia mengugut untuk membunuh sebuah keluarga yang cuba menghalang berahinya.

David Truscott dilaporkan berulang kali berguling di kandang lembu dalam keadaan bogel bagi memuaskan nafsunya di sebuah ladang di Redruth, Cornwall.

Mahkamah juga menyatakan Truscott bertindak membalas dendam ke atas pemilik ladang berkenaan iaitu Clive dan Jackie Roth apabila menghalang tindakan kejinya itu.

Dia yang dipenjarakan pada 2005, 2009 dan 2011 atas tindakan yang dilakukan, berulang kali membakar bangsal, traktor, kandang dan rumput kering di ladang itu.

Kini tempoh hukumannya dilanjutkan kepada 10 tahun berikutan laporan pemeriksaan yang dilakukan pakar psikologi ke atasnya.

Hakim Philip Wassall memberitahu gangguan Truscott membuatkan keluarga Roth sentiasa hidup dalam ketakutan.

“Apabila keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang kamu menceroboh ladang mereka, kamu mula melakukan jenayah ini.

“Kamu juga menyatakan tidak kisah dimasukkan ke penjara asalkan dendam kamu terbalas. “Itu memberi impak buruk kepada keluarga ini dan menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan,” katanya.

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved