ONEXOX
BannerFans.com

Pencabar Azmin Ali buat semak kertas undi saja – Azwan

on Sunday, May 4, 2014

Azwan Ali tetap mempertahankan kewibawaan abangnya, Azmin Ali walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap calon serta penyandang Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu kali ini.

Anggap dirinya diva, beliau juga yakin Mohamed Azmin mampu mengekalkan jawatan ke dua tertinggi parti itu.



Tulis Azwan melalui  Twitternya, pada malam Sabtu.

“Salam. Anda tidak pernah lihat Azwan Ali di mana-mana kempen PKR. Peduli apa? Tapi saya sangat yakin, pemenangnya ialah YB Azmin Ali. Jadi?,” tulis Azwan ringkas dipetik mStar Online.

Menerusi Twitter juga, Azwan lantang mengkritik mereka yang cuba memburukkannya dan Azmin menerusi laman sosial dan blog bagi menjatuhkan kredibiliti abangnya itu sebagai ahli politik.

Tanpa berselindung, beliau menganggap tindakan dua pencabar Azmin hanya membazir masa kerana yakin abangnya akhirnya akan mengekalkan jawatan disandangnya itu.

“Salam. Buat blog menghina YB Azmin Ali dan diva Azwan Ali? Bukan main lagi! Tuhan bayar tunai. Undi jauh ketinggalan! Jadi?.

“Salam. Ada hati konon dan lawan YB Azmin Ali? Buat semak kertas undi saja. Tup…tup..tup? Merosot jauh tercicir!,” katanya.

Azwan sebelum ini juga pernah mengeluarkan kenyataan terbuka, abangnya itu yang juga ADUN Bukit Antarabangsa lebih layak menjadi Menteri Besar Selangor berbanding Abdul Khalid.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved